
Saya teringat perbualan dengan adik seusrah .
" Akak, nak guna kain telekung ke " , sapanya ketika melihat saya mula pakai tudung labuh setelah selesai wuduk.
Saya senyum :)
" Tak perlu, akak solat macam nie je (solat dengan pakaian yang dipakai
tanpa memakai telekung). Ini salah satu cara atau kempen yang akak
lakukan kepada para wanita Islam agar menutup aurat dengan sempurna .
Mereka yang yakin pakaian yang dia pakai boleh dipakai semasa solat,
pasti yakin pakaian itu menutup aurat dengan sempurna " terang saya.
Dia pula tersenyum sambil menganggukkan kepala.
Itulah cara saya 'menegur' pakaian para wanita Islam yang memakai pakaian ketat, sendat, singat & melekat.
Di saat orang lain 'curi-curi' mencium bau kain telekung di surau-surau
. Di saat orang lain berebut dan menunggu kain telekung yang orang lain
guna . Di saat orang lain tercari-cari kain telekung yang boleh
dipinjam atau diguna , Kita yang menutup aurat dengan sempurna mampu
solat dengan tenang , aman dan tidak tergopoh-gapah .
Percayalah , ramai yang mudah tersentuh hati apabila melihat kita solat
dengan pakaian yang kita pakai . Dan mungkin juga terdetik di hati
mereka untuk berubah :)
Teruskan kempen menutup aurat melalui pakaian kita yang menutup aurat dengan sempurna .
Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa (menutup aurat dengan sempurna dari luar, akhlak peribadi terbaik dari dalam hati) .

comel je kan ? harap harap , masih ada kesempatan nak maceni ..






No comments:
Post a Comment