
Bismillahirrahmanirrahim , ya akhi ya ukhti :) harini cuaca agak panas sikit yaaa .. hihihi :)) takpa , kita duk dalam rumah bukan luarr rumahhh .. hehehehehe :D harini boringg sikit laaa kat rumah .. tadak sapa ponn .. so sedihhh .. ingat bole la keluar gi jalan jalan ke .. tapi , takda rezeki lagi la .. hemmm .. takpa takpa .. nasib ada belog ni .. kurang juga kebosanan yang ada ni .. wahhh .. bicara bukan main ya kau Farahanim .. hihihi ^________^
ok la , harini nak cerita sikit pasal DIET ni .. haaaaaaaa .. selalunya kalau perempuan arif la bab bab ni kan .. yolah , jaga badan .. naik sikit , habis la muka tu .. chomm je keje diaaa .. hahahahaha .. Farah , diet mana nak ingat . takda dah diet diet ni .. makan apa yang ada .. kurus jugakk . aicehhhh .. huhuhuhu :O
bagi yang tak tahan nafsu makan , but nak diet / kuruskan badan .. segelintir , ada yang ambil pil pil atau ubat ubatan .. ishh .. tak takot ke kalau kalau iye memudaratkan ? adoi --___-- .. tapi , kalau yakin yang ianya bejaya , yahhh .. anda teruskan perjuangan anda OK ? muahahahaha :D dapatkan lah nasihat dari yang lebih pakar dulu ye .. jangan aje main redah .. karang menyesal tak ke sudah pulakk .. krikkkk ~
haaaa , sebenarnya kan .. ada beberapa mitos lah dalam diet nih .. aishhhh .. diet pon ada gak ek mitos mitos nih ? haaaaa , jaga jaga .. karang elok berdiet , masuk cik hospital pulak .. jom , kita usha apa , yang mitos tuh ? jom jomm .. >____<
Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:
1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.
2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.
3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.
4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.
5. Makan apa saja yang anda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.
6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.
7. Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.
Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.
aittt , korang ada tak buat macam yang kat atas ni ? haaaa , Farah pon ada sebenarnyaaaa .. banyak pulak tuh .. mak aih .. hai laaa --_____-- apa apa pon , ini tips ok buat yang nak berdiet .. BUT ! jangan salah diet yee .. mungkin akan memudaratkan kita di masa hadapan nanti .. bak pepatah .. yeka pepatah .. redah jelah nuh .. " lebih baik mencegah daripada merawat " kelas kau Farahanim . muahahahaha :) diharapkan , info ni , sangat berguna untuk kita semua ok ?






No comments:
Post a Comment